FIZIK !?
Aku gagal! Buat julung2 kalinya aku gagal dalam peperiksaan. Padahnya aku menerima bebelan dan sindiran tanpa henti daripada DADDY. Menghadapi DADDY adalah bukan antara perkara yang aku takutkan sangat kerana aku telah hidup dengan caranya untuk 16 tahun. Sudah cukup tebal hati, telinga untuk menadah segala kata2nya. Aku sudah imun dengannya. Tetapi aku masih belum mampu mengadaptasikan sebuah kehidupan sebagai pelajar cemerlang lagi. Sukar dan kesukarannya membuatkan otak aku tepu memikirkan nasib diri jika aku gagal merubah diri. Alamatnya musnahlah impian dan cita2ku sejak kecil.. Sesuatu kaum itu tidak akan berubah jika mereka tidak mengubah diri mereka sendiri. BERUBAHLAH SAYANG, BUAT KERANA ALLAH KERANA DIALAH PENCINTA YANG PALING LAYAK UNUK DICINTAI.