Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Hakikat Cinta Sebenar

Prolog Prolog…    Aku sedar akan cara hidup aku selama ini, aku munafik, aku riak, aku sombong dan aku bongkak. Aku terlalu bangga dengan diri aku sendiri, sedangkan jiwa lain hanya memandang aku sebagai satu dinding yang kosong, tidak punya erti dan tidak mampu memberi inspirasi mahupun motivasi kepada mereka. Tetapi aku dengan bongkaknya, berdiri, bersuara lantang, membingitkan dunia kecilku dengan suara hodohku, memberitahu bahawa aku sentiasa berkhidmat kepadanya. Lihatlah betapa munafiknya aku! Solatku, ibadahku penuh dengan cacat-celanya. Aku sendiri tidak punya sedikit perasaan takut atau gentar dengan kuasa Tuhan yang mampu menarik nyawaku pada bila-bila masa. Aku lena dibuai keseronokan dunia dan nafsu. Aku suka berangan untuk jatuh cinta dan memberikan seluruh hatiku kepada sesiapa sahaja yang aku rasakan ‘bertuah’. Aku menzalimi diriku sendiri. Aku rosakkan hati, minda dan jiwaku. Aku tewas dengan ajakkan dan belaian nafsu.      ...