Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

How to study?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum... it has been quite so long since the last time i wrote here. (poyonyalah ckp mat saleh nih) yaya is so busy with my schedule here. even if i have free time, usually it is filled with other activities. malaslah nak ckp bi. so back to my life, kat sini memang seronok, sama macam yang yaya pernah cerita dulu. yaya sgt cintakan suasana yang ada kat sini. but, recently yaya encounter with some problems. i don't know how to cope with my time. it seems like i don't have enough time to study, rest and so on. basically every weekend akan dipenuhi dengan aktiviti membasuh, shopping and siapkan assignment. tapikan, sebenarnya kalau dihitung balik, yaya ada banyak sangat masa. cuma yaya je yang tak reti nak manfaatkan masa yang ada. ya!!!!!! my problem is...  I DO NOT KNOW HOW TO ARRANGE MY TIME CORRECTLY AND I DO NOT KNOW HOW TO BE STRICT TO MYSELF. So, HOW?????? Yaya has thought about it, in sha allah it will be a good solution....

Hidup tak selalu indah

بسم الله الرحمن الرحيم Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Umpama sebuah lukisan yang indah justeru kerana warna-warnanya yang pelbagai. Bayangkan, jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya. Maka begitulah “lukisan” kehidupan manusia. Dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian. Tidak semua yang manis datang bertandang. Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang. Depani Kenyataan Hidup Kita hanya hamba, bukan tuan apalagi tuhan dalam kehidupan ini. Selalu sahaja apa yang kita tidak minta, tidak disangka dan tidak dijangka menerjah dalam episod hidup. Walaupun kita sering impikan yang indah-indah. Tetapi yang senang, berjaya dan gembira tidak akan menjadi milik kita sentiasa. Demikian kenyataan dan sunnah kehidupan. Yang susah, buruk, pahit dan sedih terpaksa kita hadapi. Meski kita tidak mahu, walau sekuat mana kita berusaha dan serapi mana kita merancangnya. Kita terpaksa akur. Pasrah pada satu hakikat; takdir sentiasa mengat...

Kehendak dan ujian Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم Kata orang setiap permulaan itu memang payah. Bagaimana payahnya kita belajar menapak, begitu jugalah payahnya setiap permulaan dalam kehidupan ini. Banyak permulaan yang aku temui saat kaki ini menginjakkan kaki ke tanah asing, Serdang. Aku belajar untuk memulakan kehidupan berkongsi, belajar untuk memulakan persahabatan dan belajar untuk memulai sebuah kehidupan yang baru. Kehidupan lampau yang terlalu kelam buat aku. Untuk memulai sesuatu yang aku betul2 tak tahu bukanlah mudah, bahkan terlalu susah. Impian untuk ada kehidupan yang lebih bermakna, nampaknya semakin jauh daripada aku. Rasa untuk putus asa itu ada, tapi kalau aku putus asa, apa akan jadi pada masa depan aku? Apa mummy dan daddy akan rasa terhadap aku? Kemana aku nak pergi kalau aku gagal untuk kali ini? Allah berikan aku kelebihan berupa istidraj. Macam mana aku nak tukarkan istidraj itu kepada sebuah rahmat dan nikmat? Aku tak nak sebut, tapi aku kena juga sebut utk aku ekspresikan betap...