How to study?

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...
it has been quite so long since the last time i wrote here. (poyonyalah ckp mat saleh nih)

yaya is so busy with my schedule here. even if i have free time, usually it is filled with other activities. malaslah nak ckp bi. so back to my life, kat sini memang seronok, sama macam yang yaya pernah cerita dulu. yaya sgt cintakan suasana yang ada kat sini.

but, recently yaya encounter with some problems. i don't know how to cope with my time. it seems like i don't have enough time to study, rest and so on. basically every weekend akan dipenuhi dengan aktiviti membasuh, shopping and siapkan assignment. tapikan, sebenarnya kalau dihitung balik, yaya ada banyak sangat masa. cuma yaya je yang tak reti nak manfaatkan masa yang ada.

ya!!!!!!

my problem is...

 I DO NOT KNOW HOW TO ARRANGE MY TIME CORRECTLY AND I DO NOT KNOW HOW TO BE STRICT TO MYSELF.

So, HOW??????

Yaya has thought about it, in sha allah it will be a good solution.

1. buat jadual waktu harian.
     pastikan jadual yang dibuat fleksibel dengan jadual kelas dan dipenuhi dengan aktiviti yang signifikan kepada diri. buat jadual yang mampu diikuti dan sepadan dengan keperluan dan kehendak peribadi.

2. pentingkan yang penting.
      setiap perkara dalam hidup kita penting, tapi kita kena pandai cari dan utamakan yang paling penting. senaraikan aktiviti yang hendak dilakukan dalam sehari. kemudian cuba kenal pasti aktiviti yang kurang penting seperti, melepak dengan kawan. akhir sekali, finalise kan 10 aktiviti yang penting dan bermanfaat kepada diri dan masyarakat. jadi kita hanya akan buat 10 perkara tu je. secara tidak langsung hidup kita dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat dan penting sahaja.
*applicable semasa ingin merangka jadual.

3. sentiasa mencuba untuk mengikuti jadual harian sebaik-baiknya.
      kadang-kadang kita merancang, allah menentukan segala-galanya. kita dah cuba untuk ikut jadual tapi selalu ada je rintangan yang buat kita delay kerja tu atau tak sempat nak buat langsung. takpa, itu perkara biasa, cuma kita perlu sesuaikan diri dengan jadual itu. sentiasa ingat yang kita ada jadual yang perlu diikut. katakan hari ni kita cuma boleh ikut suku daripada jadual. jadi esok jadikan separuh jadual. HIDUP KENA ADA PENINGKATAN!

4. manfaatkan masa terluang.
      macam yaya, kat uni ni, yaya travel around dengan bas. jadi faham2 jelah kesengsaraannya menunggu bas. so masa tunggu bas tulah kita manfaatkan untuk baca sikit nota ke, bincang pasal pelajaran ke dengan kawan, tak pun buat pelaburan akhirat (mengaji). jangan biarkan masa kita seharian tersisa begitu sahaja. kalau bosan sendiri, cari kawan yang senang diajak untuk buat kebaikan supaya kita pun senang nak buat baik!

konklusinya, nak hidup jauh daripada keluarga ni, kita kena pandai jaga diri dan bijak berdikari. takkan ada orang yang nak guide u one by one. perkara pokonya, kita kena sentiasa waras supaya boleh buat decision yang tepat dan menjaga kemaslahatan semua. cuba cari dan buat kebaikan dalam setiap urusan kehidupan walaupun kadang-kadang disulami keburukan. itulah norma hidup manusia yang tak pernah lari daripada yang namanya silap!

sekian daripada yaya. yaya always love u. doakan kejayaan dunia dan akhirat untuk yaya. semoga doa sahabat yang tidak diketahui itu allah terima dan makbulkan. amin.

#yayamissmyfamily
#yayarindumummy
#yayarindudaddy
#yayarinduadik2

with love untuk sang bakal imam yang yaya tak pernah lupa. yaya rindu awak juga.
#notakaki

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!