Tin Kosong 2
بسم الله الرحمن الرحيم Dalam entri yang lepas aku sepatutnya menulis tentang TIN KOSONG. Aku dah mulakannya dengan baik, tetapi kerana mood yang tidak kesampaian, aku akhirkan cerita di tengah jalan.. Sadis! Jadi, hari ini dengan murah hatinya, aku nak sambung kembali perjalanan tin kosong itu. Mood yang aku ada sekarang kurang lebih, sama seperti saat aku menulis tin kosong. Aku kehilangan, aku sunyi dan aku BOSAN!!! The same obvious feelings! Hujung minggu sepatutnya menjadi waktu untuk aku lunaskan semua hutang assignment yang aku longgokkan sepanjang minggu lepas atas sebab-sebab yang kurang munaSARAWAK! huhu >_< Dan, pada hari Jumaat yang lepas aku dengan bersemangatnya, menyenaraikan semua tugasan yang perlu aku selesaikan pada hujung minggu ini. Tapi, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari yang berlaku. Si Tin Kosong, yang mula-mulanya berdekah-dekah cita-cita dan impian, akhirnya tewas di medan peraduan dan lena beralask...