Tin Kosong 2
بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam entri yang lepas aku sepatutnya menulis tentang TIN KOSONG. Aku dah mulakannya dengan baik, tetapi kerana mood yang tidak kesampaian, aku akhirkan cerita di tengah jalan.. Sadis!
Jadi, hari ini dengan murah hatinya, aku nak sambung kembali perjalanan tin kosong itu. Mood yang aku ada sekarang kurang lebih, sama seperti saat aku menulis tin kosong. Aku kehilangan, aku sunyi dan aku BOSAN!!! The same obvious feelings!
Hujung minggu sepatutnya menjadi waktu untuk aku lunaskan semua hutang assignment yang aku longgokkan sepanjang minggu lepas atas sebab-sebab yang kurang munaSARAWAK! huhu >_<
Dan, pada hari Jumaat yang lepas aku dengan bersemangatnya, menyenaraikan semua tugasan yang perlu aku selesaikan pada hujung minggu ini.
Tapi, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari yang berlaku.
Si Tin Kosong, yang mula-mulanya berdekah-dekah cita-cita dan impian, akhirnya tewas di medan peraduan dan lena beralaskan tilam lekuk yang menyakitkan tulang belakang! TIN KOSONG memang tak buat apa-apa. Aku hanya tidur dan menonton video-video mengarut di YouTube. Sungguh tidak produktif. #sepertiselalu
There you go Tin Kosong! Good JOB!
Aku benci diri aku. Aku jadikan mood sebagai alasan untuk aku tak buat kerja. Aku jadikan perasaan yang aku boleh bentuk sebagai penghalang untuk aku laksanakan tanggungjawab aku. Aku ini laksana TIN KOSONG yang hanya pandai riuh sekampung, tapi isinya kosong. Aku cuma pandai cakap tapi bodoh untuk bikin apa-apa yang aku cakap. Aku cuma Malaon yang hanya tahu berehat, bersenang lenang dan bergumbira!
Kadang-kadang aku terfikir, apa sebenarnya yang aku mahukan dari kehidupan ini? Atau apakah sebenarnya yang perlu aku lakukan untuk jadikan kehidupan aku sesuatu yang mengasyikkan dan berguna? Aku mencari sesuatu yang dapat tenangkan jiwa gelodak aku dan pada masa yang sama memberi aku keuntungan yang boleh buat aku 'hidup'. Aku jadi marah, geram dan bosan sebab sangat susah untuk aku jumpa apa yang aku inginkan. AKU INGINKAN WARNA WARNI KEHIDUPAN!
Cinta-cinta hati aku, menginginkan aku untuk jadi Si Pemakai Kot Putih. Tidak dinafikan, aku turut inginkan perkara yang sama. Cuma sekarang ini, hati aku jadi berbelah bahagi. Antara impian dan cita-cita keluarga ataupun minat dan kehendak aku. Kalau ikutkan aku sekarang, aku cuma nak duit supaya aku tidak lagi menyusahkan mak bapak aku. Tapi aku sayangkan pelajaran aku juga. Tak mungkin hanya kerana keinginan dungu aku ini, aku nak lepaskan semua yang aku dah dapat dengan titik peluh dan airmata aku? Buat penat ajelah aku bermati-matian dapatkan 10 A dalam SPM dan berjuang untuk hidup di ASPER ini kalau akhirnya aku cuma ingin jadi KULI!
Ya, sekarang aku cuma mimpikan duit yang banyak bila aku sarung kot putih itu. Tapi , aku sedar kot putih itu tersarung dengan amanah, tanggungjaawab dan kepercayaan yang sangat tinggi. Harapan penghidupan setiap orang yang bakal aku hadapi. Ya, memang aku belum dan bukan lagi calon penyarung kot putih, tapi aku yakin dengan diri aku, takdir aku disitu! Hidup untuk orang. Hidup untuk kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain. Ya, aku sukakan itu. Aku suka membantu dan suasana itu adalah kecintaanku. Untuk manusia pemenung dan penyendiri macam aku, itulah kebahagiaan sejati.
Aku bukannya ada teman rapat, teman yang aku boleh hidup dengannya. Tiada! I'm all alone, ever since I was a little girl! Jadi, kehidupan hiruk-pikuk dan suasana cemas di hospital mungkin dapat bangkitkan jiwa aku untuk teruskan perjuangan hidup, walaupun aku sendiri! Ya, memang salah kalau aku kata aku sendiri. Realitinya memang wujud ramai manusia di sekeliling aku, tapi yang menghargai keberadaan aku dan aku mampu menghargai keberadaannya itu tiada, hatta keluargaku sendiri. Mereka memang ada di setiap saat aku perlukan mereka, tetapi mereka tetap tiada dalam kehidupan sebenar aku. Hanya aku, cuma aku dan selama-lamanya aku sendri dengan Tuhanku.
Kalaulah sekali seumur hidup, mereka cuba untuk dalami isi hati ini, fahami kehendak aku dan mengetepikan segala kepentingan diri mereka untuk lihat diri aku, aku yakin, jiwa pengungkit, pemberontak, pengomel dan peratap duka ini tiada dalam diri aku.
Tapi itu cuma KALAU. Tiada apa-apa yang akan berubah. Aku tetap aku, mereka tetap mereka. Aku boleh bangkit, aku KUAT dan aku pasti akan berjuang untuk diri aku. Dengan izin Allah Yang Maha Kuasa, kau jadikanlah aku kuat untuk lalui kehidupan aku, walau dimana jua aku berada, apa jua keadaan yang aku hadapi, apa jua masalah yang melanda, teguhkanlah imanku. Sesungguhnya, di tanganMu lah terletak segala kekuasaan di seluruh langit dan bumi. Aku berlindung denganMu dari segala kejahatan jin dan manusia dari dunia hingga ke akhirat atas diriku, keluargaku serta zuriat keturunanku. PadaMu aku serahkan diriku, tiada daya dan upaya padaku melainkan padaMu Ya Allah. Aminn Ya Rabbal Alamin..
Si pemenung dan penyendiri,
Anis Fikriyah
Ulasan
Catat Ulasan