Ahlan Wasahlan Ramadan Karim >>>>
Ramadan telah menjaelang kembali menemui seluruh umat Islam di dunia. Beruntungnya kita kerana masih berkesempatan untuk menemui bulan yang penuh barakah yang Allah telah janjikan dengan pelbagai nikmat dan keistimewaan. Allah menggandakan setiap pahala amalan baik yang kita lakukan. Justeru, marilah kita melipatgandakan usaha dan kekuatan dalam diri untuk beribadat pada Ramadan kali ini. Bermohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan melawan hawa nafsu dan kerajinan serta kesungguhan dalam mengerjakan ibadat kepada Allah. Niatkan di hati semata-mata kerana Allah. 10 Ramadan pertama Allah menjanjikan keampunan buat semua insan. Pohonlah keampunan dariNya agar hati ini menjadi suci dan bersih dari dosa-dosa masa lalu supaya ibadat di Ramadan kali ini diterima dan diangkat disisiNya.. 10 Ramadan kedua Allah melimpahkan keberkatan buat insan yang bernama manusia ini. Rebutlah peluang dengan pelbagai ibadah dan amal soleh. Lapangkan hati penuhkan jiwa dengan Al-Quran. Bukan sahaja...