Aku ke Jepun?
Aku akan terbang ke Jepun...!!!! :) :D
Rezeki jangan di tolak, maut jangan dicari....
Bila aku putuskan untuk keluar dari asrama,dan apabila permohonan ku diluluskan perkara pertama yang aku fikirkan ialah, betulkah keputusanku? Rugikah aku dengan keputusan ini?
Tetapi setelah beberapa minggu aku pulang ke rumah, aku dapati banyak perkara baik yang berlaku kepada diriku.
Perkara pertama yang aku lalui ialah, aku terpilih untuk menyertai kumpulan debat Bahasa Inggeris ke pertandingan di peringkat negeri. Seterusnya, aku mendapat pencalonan untuk Anugerah Penyayang Johor anjuran Yayasan Pembangunan Darul Takzim. Perkara ketiga ialah aku dipilih semula untuk menjadi ahli Lembaga Pengawas Sekolah Menegah Kebangsaa Sri Mersing dan menyandang jawatan biro pendidikan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaNya..
Ada lagi satu berita gembira tak terhingga yang aku ingin kongsikan iaitu aku dipilih untuk mengikuti program Jenesys 2.0 ke Jepun! JEPUN! Seronoknya! Aku tak sabar untuk terbang ke Jepun pada
8 Julai 2014 nanti. Doakan kesejahteraan dan kejayaan aku di sana.
Bermula 8 Julai hingga 17 Julai aku akan berada di Jepun. 10 hari berpuasa Ramadan jauh dari tanah air, ibu bapa, adik-beradik, kaum keluarga dan sahabat handai tentunya mengharukan. Jepun pada waktu itu masih dalam musim panas. Semoga aku tabah lalui Ramadan kali ini dengan situsi yang sungguh berbeza. Amin....
jgn la ckp.. awk buat sy jeles key
BalasPadam:p nty belikn buah tngn utk kite tau 2!!! :*