Rahmat vs Dosa

Fikrah hari ini ingin bicara tentang RAHMAT VS DOSA.

 Rahmat dan dosa ialah dua perkara yang tidak dapat lari daripada realiti kehidupan manusia sebagai hamba Allah. Manusia melakukan dosa dan hidup hidup manusia dilengkapi dan dilengkapi dengan rahmat Allah.. Tak kira apa jua agama mereka, dosa dan rahmat sentiasa beriringan.

Tapi adakah kita sedar akan keberadaan dosa dan rahmat di samping kita?

 Dari celik mata hingga kembali terpejam, manusia melakukan dosa. Terlalu pelbagai dosa yang kita lakukan , dosa zina,dosa menipu, dosa meninggalkan tanggungjawab ,yang besar ataupun yang kecil, sedikit ataupun banyak, semuanya kita lakukan. Jika hendak disenaraikan dosa yang manusia lakukan takkan pernah cukup sebatang pena dan sehelai kertas untuk menulisnya. Bahkan kita sendiri sering menyatakan , dosa manusia itu ada yang setinggi gunung, seluas samudera, sebanyak buih buih di lautan dan ada yang memenuhi langit dan bumi.

Tapi apa tindakan dan reaksi kita terhadap dosa-dosa itu?

 Alangkah ruginya kita jika terus leka dibuai keseronokan melakukan dosa yang hanya seketika. Ruginya kita di akhirat kelak kerana tidak sedar diri dihanyutkan dalam dosa dan noda.

 Namun begitu, Allah mengiringi hidup kita dengan rahmat yang melimpah ruah. Sebagai makhluk bernyawa, Allah meminjamkan kita udaraNya agar dapat kita bernafas dan terus hidup. Maha suci keagunganNYa. Sebagai manusia Allah mengurniakan akal fikiran yang sihat lagi cerdas yang tidak ada pada makhluk lain agar dapat kita berfikir, menganalisis dan memahami kejadian alam dan kekuasaan serta keagungan Allah. Sebagai musllim pula, Allah menyediakan garis panduan kehidupan yang sungguh sempurna dan syumul agar hidup kita bahagia di dunia dan akhirat. Maka yang mana satu nikmat TuhanMu yang hendak didustakan?

 Itu hanya secuit daripada nikmat-nikmat Allah keatas kita sebagai hambaNya. Bersyukurlah dan mantapkanlah ibadah kepada Allah tanda kita syukur, patuh dan taat akan perintahNya. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh...Amin..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!