Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Perpaduan Teras Kejayaan

Imej
Kasih sayang Allah tiada batasan... Nikmat yang hanya Allah kurniakan kepada manusia ialah akal. Akal kita digunakan untuk berfikir tentang kebesaran Allah, mentafsir maklumat, mencerna ilmu yang kita perolehi dan setiap apa yang kita lihat. Akal juga kita gunakan untuk menimbang tara perkara yang baik dengan yang buruk. Manusia yang ingin berfikir untuk memajukan dirinya dalam aspek agama, kehidupan dunia dan sebagainya akan mendapat kejayaan yang cemerlang dengan izin Allah. Wahai sahabat wahai teman, Aku disini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa keran aku tahu diri ku ini juga banyak cacat celanya. Aku cuma seorang sahabat yang ingin dan terlalu ingin melihat sahabat-sahabat dan kawan-kawannya berjaya. Ingatlah nabi pernah berpesan untuk kita sentiasa bersatu padu dalam seluruh urusan kehidupan kita. Jika kita tidak bersatu-padu maka mudahlah musuh kita untuk menjatuhkan dan menghancurkan martabat dan tamadun hidup kita. Wahai pemuda islam, Janganlah meletakkan Isl...

FIZIK !?

Aku gagal! Buat julung2 kalinya aku gagal dalam peperiksaan. Padahnya aku menerima bebelan dan sindiran tanpa henti daripada DADDY. Menghadapi DADDY adalah bukan antara perkara yang aku takutkan sangat kerana aku telah hidup dengan caranya untuk 16 tahun. Sudah cukup tebal hati, telinga untuk menadah segala kata2nya. Aku sudah imun dengannya. Tetapi aku masih belum mampu mengadaptasikan sebuah kehidupan sebagai pelajar cemerlang lagi. Sukar dan kesukarannya membuatkan otak aku tepu memikirkan nasib diri jika aku gagal merubah diri. Alamatnya musnahlah impian dan cita2ku sejak kecil.. Sesuatu kaum itu tidak akan berubah jika mereka tidak mengubah diri mereka sendiri. BERUBAHLAH SAYANG, BUAT KERANA ALLAH KERANA DIALAH PENCINTA YANG PALING LAYAK UNUK DICINTAI.

Ahlan Wasahlan Ramadan Karim >>>>

Imej
Ramadan telah menjaelang kembali menemui seluruh umat Islam di dunia. Beruntungnya kita kerana masih berkesempatan untuk menemui bulan yang penuh barakah yang Allah telah janjikan dengan pelbagai nikmat dan keistimewaan. Allah menggandakan setiap pahala amalan baik yang kita lakukan. Justeru, marilah kita melipatgandakan usaha dan kekuatan dalam diri untuk beribadat pada Ramadan kali ini. Bermohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan melawan hawa nafsu dan kerajinan serta kesungguhan dalam mengerjakan ibadat kepada Allah. Niatkan di hati semata-mata kerana Allah. 10 Ramadan pertama Allah menjanjikan keampunan buat semua insan. Pohonlah keampunan dariNya agar hati ini menjadi suci dan bersih dari dosa-dosa masa lalu supaya ibadat di Ramadan kali ini diterima dan diangkat disisiNya.. 10 Ramadan kedua Allah melimpahkan keberkatan buat insan yang bernama manusia ini. Rebutlah peluang dengan pelbagai ibadah dan amal soleh. Lapangkan hati penuhkan jiwa dengan Al-Quran. Bukan sahaja...

Rahmat vs Dosa

Fikrah hari ini ingin bicara tentang RAHMAT VS DOSA.  Rahmat dan dosa ialah dua perkara yang tidak dapat lari daripada realiti kehidupan manusia sebagai hamba Allah. Manusia melakukan dosa dan hidup hidup manusia dilengkapi dan dilengkapi dengan rahmat Allah.. Tak kira apa jua agama mereka, dosa dan rahmat sentiasa beriringan. Tapi adakah kita sedar akan keberadaan dosa dan rahmat di samping kita?  Dari celik mata hingga kembali terpejam, manusia melakukan dosa. Terlalu pelbagai dosa yang kita lakukan , dosa zina,dosa menipu, dosa meninggalkan tanggungjawab ,yang besar ataupun yang kecil, sedikit ataupun banyak, semuanya kita lakukan. Jika hendak disenaraikan dosa yang manusia lakukan takkan pernah cukup sebatang pena dan sehelai kertas untuk menulisnya. Bahkan kita sendiri sering menyatakan , dosa manusia itu ada yang setinggi gunung, seluas samudera, sebanyak buih buih di lautan dan ada yang memenuhi langit dan bumi. Tapi apa tindakan dan reaksi ...

Aku ke Jepun?

Aku akan terbang ke Jepun...!!!! :) :D Rezeki jangan di tolak, maut jangan dicari.... Bila aku putuskan untuk keluar dari asrama,dan apabila permohonan ku diluluskan perkara pertama yang aku fikirkan ialah, betulkah keputusanku? Rugikah aku dengan keputusan ini? Tetapi setelah beberapa minggu aku pulang ke rumah, aku dapati banyak perkara baik yang berlaku kepada diriku.  Perkara pertama yang aku lalui ialah, aku terpilih untuk menyertai kumpulan debat Bahasa Inggeris ke pertandingan di peringkat negeri. Seterusnya, aku mendapat pencalonan untuk Anugerah Penyayang Johor anjuran Yayasan Pembangunan Darul Takzim. Perkara ketiga ialah aku dipilih semula untuk menjadi ahli Lembaga Pengawas Sekolah Menegah Kebangsaa Sri Mersing dan menyandang jawatan biro pendidikan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaNya.. Ada lagi satu berita gembira tak terhingga yang aku ingin kongsikan iaitu aku dipilih untuk mengikuti program Jenesys 2.0 ke Jepun! JEPUN! Seronoknya! Aku...

Kahwin Muda?!

Imej
Kahwin Usia Muda? Daddy saya pernah beritahu antara perkara yang perlu disegerakan ialah, mengahwinkan anak dara dan teruna yang ada.. Jadi bolehkah dengan fakta ini kita jadikan sandaran buat muda-mudi zaman ini untuk mengambil keputusan untuk bernikah di usia muda? Pandangan personal aku, hal ini langsung tidak salah. Bahkan agama Islam turut menggalakkannya. Alasan yang sering kita dengar ataupun berlegar-legar dalam kotak fikiran kita ialah 'kita tak mampu lagi' , 'kewangan tak stabil lagi' , 'hidup menanggung anak orang mencabar, perlu tanggungjawab besar', dan macam-macam lagi.. jika hal itu yang dirunsingkan, apa guna kau beriman kepada Allah? Allah akan sentiasa bersama-sama hamba-hambanya, lagi-lagi hambanya yang menurut perintahnya...  Konklusinya, kalau kita, remaja tak mampu untuk kawal nafsu, baik kahwin. Soal rezeki dan harta itu kerja Allah. Dia yang Maha Berkuasa, jadi kita perlu usaha bersungguh-sungguh dan bertawakal. InsyaA...

Itulah Mulanya...

Imej
Siapa aku?     Assalamualaikum... Salam kasih dari Allah buat aku, kerana Dia masih beri aku nikmat hidup sehingga petang ini.. Aku menulis untuk mencari diri aku. SIAPA AKU? SIAPA AKU?  SIAPA AKU?  Aku tersangat sedar yang hidup aku penuh dengan dosa yang aku sendiri lakukan dan penipuan semata-mata. AKU HIPOKRIT?! Betul?!  Aku rasa ya! Aku hipokrit, penipu, pendosa... Aku nak cari diri aku... Aku mahu menjadi muslimah sempurna, menjadi bidadari di syurga. Bukan menjadi bahan bakar NERAKA.. Aku bertekad, aku berjanji untuk kesekian kalinya, aku perlu dan mesti berubah sebaik-baiknya...  Ya Allah, berilah aku hidayah dan taufiqMu dalam mencari dan meneruskan langkahku kearah NurMu... Ya Rabb, peluklah aku...                                          with love,                  ...