Perpaduan Teras Kejayaan
Kasih sayang Allah tiada batasan...
Nikmat yang hanya Allah kurniakan kepada manusia ialah akal.
Akal kita digunakan untuk berfikir tentang kebesaran Allah, mentafsir maklumat, mencerna ilmu yang kita perolehi dan setiap apa yang kita lihat.
Akal juga kita gunakan untuk menimbang tara perkara yang baik dengan yang buruk.
Manusia yang ingin berfikir untuk memajukan dirinya dalam aspek agama, kehidupan dunia dan sebagainya akan mendapat kejayaan yang cemerlang dengan izin Allah.
Wahai sahabat wahai teman,
Aku disini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa keran aku tahu diri ku ini juga banyak cacat celanya.
Aku cuma seorang sahabat yang ingin dan terlalu ingin melihat sahabat-sahabat dan kawan-kawannya berjaya.
Ingatlah nabi pernah berpesan untuk kita sentiasa bersatu padu dalam seluruh urusan kehidupan kita.
Jika kita tidak bersatu-padu maka mudahlah musuh kita untuk menjatuhkan dan menghancurkan martabat dan tamadun hidup kita.
Wahai pemuda islam,
Janganlah meletakkan Islammu hanya pada nama dan kad pengenalanmu.
Sesungguhnya Islam itu cukup indah dan mulia untuk dijadikan jalan kehidupan dan pegangan jiwa.
Allah telah memberi nikmat teragung dengan diutusnya Rasulullah S.A.W membawa ajaran Islam dan mengajarkannya kepada kita.
Maka, ambillah dan peluklah islam itu dengan sebenar-benarnya.
Sesungguhnya agama disisi Allah ialah agama Islam.
Jangan pernah kau lepaskan jiwamu, hidupmu dan matimu melainkan dalam keadaan kau beriman dan bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla.
Wahai pemuda-pemudi islam,
Peliharalah solatmu, solat itu tiang agama.
Tiada pernah wujud sebuah bangunan tanpa tiangnya dan begitu juga dengan iman kita.
Iman takkan wujud dalam diri jika kita tidak mengukuhkan dan mengutuhkan tiangnya.
Peliharalah adab dan kesopananmu dalam pergaulan.
Islam tidak pernah melarang kita untuk bergaul dengan sesiapapun hatta dengan musuh kita sekalipun.
Dengan syarat kita menjaga segala adab dan batasan yang telah syariat tetapkan.
Wahai pemudi Islam,
Janganlah kau mudah 'mendermakan' hatimu kepada mana-mana lelaki dalam usia remajamu.
Usia remaja ini adalah waktu yang seharusnya kita menfaatkan ke jalan ilmu.
Timbalah sebanyak mungkin ilmu yang kita mampu dan biarlah ia berterusan sampai kita mati keran nabi telah bersabda yang lebih kurang maksudnya, tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.
Jangan kita siasiakan masa remaja dengan bercinta atau'mendermakan' hati kepada yang haram bagi kita,
Carilah cinta Allah kerana Allah tidak akan pernah mengecewakanmu.
Seperkara lagi, ketahuilah pemudi Islam, bahawa kita berperanan untuk melahirkan generasi Islam yang hebat pada masa akan datang.
Jika sejak zaman remaja lagi kita tidak mendidik hati kita ke jalan Allah, bagaimana mungkin pejuang-pejuang Islam masa hadapan dapat dilahirkan.
Wanita yang hebat ialah wanita yang melahirkan insan yang hebat disisi Allah..
Akhir kalam, nukilan ini ku tulis buat peringatan diri ini dan sahabat-sahabat sekalian. Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir,maka fikirkanlah hal-hal yang bermanfaat disisi Allah.
Tuntutlah ilmu kerana darjat orang yang berilmu lebih tinggi daripada ahli ibadah.
Peliharalah akhlakmu jangan sampai perbuatan kita menjatuhkan maruah agama Islam.
Bersatu-padulah untuk jalan Allah semoga Allah merahmati kita semua.
Ayuhlah shabab islam alaf 21!
Bangkitlah biarkan dunia melihat shabab islam sedang bangun untuk MENGGEMPUR DUNIA..
ALLAHUAKBAR!

Ulasan
Catat Ulasan