Kem Kecemerlangan Daerah so-called a Reunion Camp :D
Assalamualaikum w.b.t. huhu :D... sudah berkurun lamanya aku tak update cerita kehidupan seharian aku... alhamdulillah, diri ini baru pulang daripada kem kecemerlangan peringkat daerah yang mengkhususkan kepada persediaan bagi menghadapi Trial SPM yang bakal berlangsung pada 23 Ogos nanti. huh! *panjang ayat kita* Kepenatan mengikuti kem selama tiga hari itu tidak membataskan aku untuk hadir ke sekolah pada hari berikutnya. Seronoknya kem kali ini, aku dapat berjumapa kembali dengan sahabat-sahabat di Sekolah Menenngah Sains Sultan Iskandar . Aku dapat meluangkan masa bersama-sama mereka, terutama sekali teman sefikrahku ; aisya humaira binti abd aziz. Dia adalah antara sahabat yang banyak ilmunya, yang matang fikirannya dan kuat pegangannya. Dia juga hebat berkata-kata dan cukup puitis dalam menutur bicara. Dia tetap gila-gila seperti dahulu. Dia cukup istimewa sebagai sahabat. Memberi tanpa pernah meminta untuk dibalas. Menggembirakan tanpa mengharap untuk digembirakan...