10 Tabiat Buruk yang Mempengaruhi Kesihatan Otak

Kasih sayang Allah tiada batasan



10 TABIAT BURUK YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN OTAK

Kalau bercakap bab kesihatan, ramai ( termasuk diri saya sendiri ) yang berkata mesti bersenam supaya tubuh lebih fit dan cergas. Mesti kurangkan makanan manis sebab takut nanti diserang diabetes. Mesti kurangkan makanan berlemak agar kadar kolesterol terkawal. Tak boleh makan masin-masin nanti kena darah tinggi. Kena makan banyak ulam-ulaman agar awet muda dan boleh cari awek yang muda.. ngeh,ngeh,ngeh :P
Mesti yang tu, mesti yang ni. Jangan itu, jangan ini. Sampai terlupa ada satu bahagian lain sama penting untuk dijaga tahap kesihatannya iaitu otak. Otak, bahagian tisu lembut yang ada dalam tempurung kepala kita tuu …
Ok, serius. Terus kepada tajuk hari ini. Otak berperanan penting terhadap kehidupan manusia,justeru di situ lah  bermulanya setiap tindakan,langkah atau pergerakan. Otak menghantar ribuan isyarat kepada seluruh bahagian tubuh,yang kemudiannya menggerakkan anggota tubuh tidak kira pada bahagian dalaman atau luaran untuk berfungsi seperti sediakala seadanya.
Terdapat beberapa tabiat buruk sering dilakukan, yang dikatakan boleh menjejaskan kesihatan otak. 10 tabiat buruk yang mempengaruhi kesihatan otak antaranya ialah :
1.Tidak bersarapan
Bagi mereka yang sering meninggalkan sarapan,paras gula di dalam darah lazimnya menjadi lebih rendah daripada kebiasaan. Ini menyebabkan bekalan nutrien ke otak sering sahaja tidak mencukupi. Hal ini lah yang menyebabkan kemerosotan otak atau disebut juga degenerasi. Jadi ibu-ibu khasnya , jika anak-anak anda kurang menyerlah dalam pelajarannya….mungkin ini lah salah satu puncanya. Siapa tahu!
2. Makan berlebihan
Kemerosotan kuasa mental akibat mengerasnya arteri otak,boleh berlaku jika tabiat makan berlebihan tidak dikawal dari awal. Oleh itu,bersederhanalah dalam menentukan kuantiti makanan yang diambil saban hari. Jangan terlalu ikut nafsu.
3. Merokok

Tidak ramai yang tahu bahawa tabiat merokok akan mempercepatkan pengecutan otak secara berganda dan menjadi punca penyakit Alzheimer ( nyanyuk ).
4. Pengambilan gula yang tinggi.
Terlalu banyak gula di dalam badan akan mengganggu penyerapan nutrien dan protein. Ini menyebabkan malnutrisi iaitu pemakanan tidak seimbang yang berkemungkinan mengganggu perkembangan otak.
5. Pencemaran udara
Tahukah anda bahawa otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan ? Menyedut udara tercemar boleh mengurangkan bekalan oksigen ke otak. Keadaan ini mengurangkan kecekapan otak.
6. Deprivisi ( halangan ) tidur
Semasa tidur,otak berehat. Halangan jangka panjang daripada mendapat tidur yang cukup,hanya akan mempercepatkan kematian sel-sel otak.
7. Tidur dengan kepala tertutup
Tidur berselimut hingga menutupi bahagian kepala akan meningkatkan kepekatan karbon dioksida dan mengurangkan kepekatan oksigen. Kesan pertama apabila hal ini berlaku akan dirasai oleh otak sebelum anggota tubuh yang lain. Otak akan terjejas kuasanya.
8. Memaksa otak bekerja ketika sakit Memaksa diri bekerja atau belajar ketika sakit,hanya membawa kepada kemerosotan dalam keupayaan otak di samping merosakkannya.
9. Tiada pemikiran yang merangsangkan
Berfikir ialah cara terbaik untuk melatih otak. Tiada rangsangan berfikir juga boleh menyebabkan pengecutan otak. ( p/s : saranan kepada para ibu bapa, pada usia awal kanak-kanak iaitu 4,5,6 tahun -selalulah berikan  permainan atau bahan yang boleh merangsang minda mereka )
10. Kurang berbual
Kurang berbual juga dikatakan boleh melemahkan otak. Oleh itu cubalah berinteraksi ( jangan asyik ngadap notebook @ PC jer)  dengan orang di sekeliling dengan memilih topik yang menggalakkan aktiviti berfikir. Pastinya topik yang merangsang daya intelektual, bukannya perbualan kosong. Ini boleh membantu kecekapan otak.
Jadi kalau 10 tabiat buruk yang mempengaruhi kesihatan otak tu termasuk dalam senarai perkara yang sering kita lakukan, kenalah bermula dari sekarang untuk cuba mengubahnya. Demi siapa lagi kalau bukan diri sendiri dan juga orang – orang yang kita sayangi.
ku kopi ku pasta,
moga memberi manfaat kepada semua,
mindaku tidak sehebat manusia lain,
hanya insan biasa yang ingin berjasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!