Kem Kecemerlangan Daerah so-called a Reunion Camp :D

Assalamualaikum w.b.t.
huhu :D... sudah berkurun lamanya aku tak update cerita kehidupan seharian aku... alhamdulillah, diri ini baru pulang daripada kem kecemerlangan peringkat daerah yang mengkhususkan kepada persediaan bagi menghadapi Trial SPM  yang bakal berlangsung pada 23 Ogos nanti. huh! *panjang ayat kita*
Kepenatan mengikuti kem selama tiga hari itu tidak membataskan aku untuk hadir ke sekolah pada hari berikutnya.

Seronoknya kem kali ini, aku dapat berjumapa kembali dengan sahabat-sahabat di Sekolah Menenngah Sains Sultan Iskandar. Aku dapat meluangkan masa bersama-sama mereka, terutama sekali teman sefikrahku ; aisya humaira binti abd aziz. Dia adalah antara sahabat yang banyak ilmunya, yang matang fikirannya dan kuat pegangannya. Dia juga hebat berkata-kata dan cukup puitis dalam menutur bicara. Dia tetap gila-gila seperti dahulu. Dia cukup istimewa sebagai sahabat. Memberi tanpa pernah meminta untuk dibalas. Menggembirakan tanpa mengharap untuk digembirakan. Itualah aisya humaira binti abd aziz.
Juga seronok kurasa kerana dapat mengikuti kelas persediaan yang cukup bermakna untuk peperiksaan yang bakal menjelang ini. Guru-guru yang membimbing kami tidak pernah lokek untuk mencurahkan ilmu mereka dan telah berjaya menambahkan keyakinan aku untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan. Alhamdulillah, hasilnya semakin dapat aku lihat dalam diri, semakin dapat aku rasa apabila aku sudah mula berfikir untuk menyelesaikan setiap soalan tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Walaupun, aku masih bertatih ; sekejap mampu berjalan sendiri, sekejap perlu dipapah, namun aku tetap bangkit dan teruskan usaha untuk berjalan sendiri. Aku sedar akan suatu hari, yang mana aku tetap perlu berjalan sendiri tanpa apa-apa pautan.

Kesimpulannya, aku sedar tempoh untuk aku menghadapi SPM semakin suntuk dan aku dapat rasakan tekanan dan debarannya. Sepertimana kejayaan yang diraih orang, begitu jugalah yang aku harapkan terjadi kepada aku.

FIKRIYAH itu:
  Fokus
     Istiqamah
       Kerajinan
          Redha
             Intelek
               Yakin
                  Amanah
                     Hikmah

Itulah aku, doakanlah aku agar mendapat kecemerlangan yang tidak pernah aku sangka-sangkakan.
 Amin Ya Rab

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!