Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum penghuni blogku yang tersayang. berkurun sudah rasanya yaya tak menuliskan?
Yaya bzzzzz sikit. Yelah, yaya tgh train diri sendiri jd suri rumah yang baik.. hahahhahahaha..
(berangan tak sudah)
Alhamdulillah hari ni Yaya dapat keputusan matrikulasi. Yaya dapat MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH. Kalau hampa semua nak tau, pusat matrikulasi ni dulu tempat daddy yaya menuntut masa dia zaman matriks dulu. Yaya pernah jugalah lalu depan matriks tu. Of cozlah daddy yaya yang bawa. So, skrg ni Yaya tgh tunggu tawaran ASASI plak. Lepas tu barulah Yaya akan buat keputusan kemana Yaya nak menapak. Yang paling penting ialah, Yaya happy and Yaya boleh study betul2 utk capai cita2 Yaya. Doakan Yaya ye.

Kat bawah ni, Yaya ada 'kopi pasta'kan sedikit info mengenai kolej matrikulasi negeri sembilan, yang bertompek kek Kolo Pilah tu haa.. hehehe (Yaya try speaking Nogori)

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) ialah salah sebuah kolej matrikulasi yang dikendali sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kolej matrikulasi ini dibuka pada 1 Januari 2000 dan mula menerima kemasukan pelajar pertamanya seramai 491 orang dari Kolej Matrikulasi Melaka. Pada 14 Februari 2000 kolej ini telah mendaftarkan pelajar seramai 2,135 orang. Jumlah pelajar terus meningkat menjadi lebih kurang 2418 orang termasuk bukan Bumiputera pada 5 April 2003. Pada 16 Mei 2007 pula, seramai 2412 orang pelajar mendaftar di KMNS.

Konsep program matrikulasi

Program matrikulasi merupakan persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan SPM yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPTA/IPTS dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan.
Pengajian program ini mengambil masa selama dua semester atau satu tahun.
Kurikulum yang disediakan memberikan penekanan yang seimbang dalam aspek akademik, pembentukan sahsiah dan kecergasan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh pihak Kementerian, malah setiap pelajar diberikan elaun wang saku sebanyak RM 250.00 sebulan (untuk tempoh 10 bulan) tanpa mengira pendapatan penjaga.
Pelajar diwajibkan untuk memenuhi syarat minimum yang telah ditetapkan oleh IPTA terutamanya lulus dalam peperiksaan (sekurang-kurangnya PNGK 2.00) untuk dipertimbangkan tempat di IPTA.

Objektif

  • Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Menyediakan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
  • Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
  • Mensasarkan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pelajar mendapat PNGK 4.00 bagi pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun dan 60% daripada jumlah pelajar mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 bagi pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun.

Visi dan misi

  • Visi – Penjana unggul pelajar Bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam sains, teknologi dan profesional menjelang 2015.
  • Misi – Membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Pengurusan KMNS

Diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah, 4 orang Ketua Jabatan (Jabatan Sains, Jabatan Matematik, Jabatan Sastera Ikhtisas dan Jabatan Pengurusan Pelajar), seorang Pustakawan, seorang PTM, seorang Penolong Pengarah Peperiksaan, 187 orang pensyarah dan 69 orang staf sokongan.

Infrastruktur KMNS

Kemudahan Kediaman

Mempunyai 3 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Jauhari (A), Kolej Kediaman Bestari (B) dan Kolej Kediaman Cendikia (C).
Pengurusan di kolej kediaman diketuai oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh Ketua Felo, Felo, Ketua Penyelia Asrama dan Penyelia Asrama.

Kemudahan Makan Minum

Pihak kolej tidak menyediakan makan minum percuma kepada pelajar tetapi menyediakan kafetaria yang menjual makanan dengan harga terkawal dan berpatutan,
Setiap kafetaria dikawal selia oleh satu jawatankuasa khas dari semasa ke semasa dari segi harga, kualiti makanan, kebersihan, layanan dan sebagainya.

Kemudahan Pengajaran Pembelajaran

Terdapat 6 buah dewan kuliah, 28 bilik tutorial dan 40 makmal sains. Terdapat 7 makmal komputer yang setiap satu mempunyai 31 buah komputer. Terdapat perpustakaan yang telah dilengkapkan dengan buku rujukan dan kemudahan internet.

Kemudahan Sukan

Terdapat kompleks sukan bagi menggalakkan pelajar bergerak aktif antaranya kemudahan permainan bola sepak, gimnasium, bola tampar, tenis, badminton, squash, bola keranjang, bola jaring, hoki dan ping pong.
Terdapat juga sebuah gimnasium yang boleh digunakan oleh semua warga kolej.

Bilik Gerakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Kemudahan bagi pelajar yang berminat untuk bergerak aktif dalam berpersatuan. Ia mengandungi bilik mesyuarat, bilik komputer, bilik AJK persatuan dan sebagainya.

Kemudahan Bagi Kebajikan Pelajar

  • Menyediakan kedai runcit
  • Menyediakan Cyber Cafe
  • Menyediakan Kedai Cenderamata
  • Menyediakan Klinik Kolej
  • `One-Stop Centre’ (OSCEN)
  • Kaunter Peperiksaan
  • Kaunter Penyelia Asrama
  • Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Ni Yaya share satu site yang cerita pasal Kolej ni secara lebih detail. Maybe dia one of the student kat kolej tu kot. Harapnya dapat membantu kawan2 semua. That's all from Yaya for today. In sha Allah, bila ada kelapangan Yaya akan menulis lagi ye..
Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!