Waterfall~Cleanse My Soul~
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, yang Maha Sempurna dan Yang Maha Memiliki segala kekayaan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Agung. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya, serta para sahabatnya. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Aku mulakan coretan untuk hari ini dengan sekali rasa syukur kepadaNya kerana masih memberi aku peluang untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan semalam. Aku benar-benar rasa beruntung kerana aku masih hidup dan diberi peluang untuk reflect diri dan belajar daripada kesilapan yang telah aku lakukan. Mudah-mudahan hidupku dan kita semua dapat diperbaiki dan ditambah kualitinya dari hari ke hari. Setiap daripada kita, sebagai manusia biasa, tak akan pernah terlepas daripada membuat kesilapan. Baik besar mahupun kecil, sengaja atau tidak, sedar atau ...