Waterfall~Cleanse My Soul~

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, yang Maha Sempurna dan Yang Maha Memiliki segala kekayaan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Agung. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya, serta para sahabatnya. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Aku mulakan coretan untuk hari ini dengan sekali rasa syukur kepadaNya kerana masih memberi aku peluang untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan yang aku lakukan semalam. Aku benar-benar rasa beruntung kerana aku masih hidup dan diberi peluang untuk reflect diri dan belajar daripada kesilapan yang telah aku lakukan. Mudah-mudahan hidupku dan kita semua dapat diperbaiki dan ditambah kualitinya dari hari ke hari.

Setiap daripada kita, sebagai manusia biasa, tak akan pernah terlepas daripada membuat kesilapan. Baik besar mahupun kecil, sengaja atau tidak, sedar atau sebaliknya, kita pasti melakukannya. Dan melakukan kesilapan adalah fitrah manusia biasa yang tidak maksum, yang sentiasa terdedah dengan bisikan syaitan dan godaan nafsu diri sendiri. Kita harus mengaku kelemahan yang dimiliki dan mengenal pasti musuh-musuh utama dalam hidup kita supaya, segala kesilapan dan kesalahan dapat dihindari sebaik-baiknya.

(Aku berbicara mengikut kefahamanku. Pasti ada kurang dan celanya. Rujuklah kepada yang lebih pakar dan alim tentang perkara yang tidak difahami. Aku menulis dengan dasar ingin berkongsi semata-mata apa-apa yang aku fahami; untuk manfaat semua) *disclaimer

Okay, back to our discussion, aku percaya dengan ilmu, semangat untuk berubah dan usaha yang berterusan, kita mampu untuk mengubah diri yang dahulunya kita rasa penuh kesilapan dan kesalahan kepada insan dan hamba Allah yang lebih baik. Aku percaya, kerana Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya dan dia akan sentiasa dekat dengan hamba-hamba yang ingin mendekatiNya. 

Dalam Surah Hud ayat 114, Allah berfirman, yang bermaksud: 

 'Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika waktu permulaan malam (Maghrib dan Isyak) Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan amalan-amalan yang buruk. itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingati Allah. 

Dalam ayat ini, apa yang aku dapat fahami dengan ilmu aku yang cetek dan akal fikiran aku yang banyak kekurangannya, ada 3 perkara yang penting yang dapat kita ambil pelajaran.

1. Waktu solat. Allah memberitahu kita melalui firmanNya dengan jelas tentang waktu-waktu solat wajib yang perlu kita laksanakan. Aku tertarik dengan ayat, dan pada ketika waktu permulaan malam, maksudnya, Solat Maghrib dan Isyak terutamanya perlulah dilaksanakan pada awal waktunya, kerana dengan jelas Allah nyatakan waktunya dipermulaan malam. Jadi, jangan lengah-lengahkan solat walau apa pun waktu solatnya. Aku mengaku solat Isyak tu, kalau dah terlewat sikit, makin beratlah punggung nak gerak bangun untuk solat. Jangan jadi macam aku. Kita sama-sama berubah ye.😍

2. Segala amalan-amalan baik yang kita niatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah, In Sha Allah, dapat menghapuskan amalan-amalan buruk yang pernah kita lakukan. Daripada ayat ini, kita wajib percaya yang Allah Maha Pengampun, Dia suka Mengampunkan dan segala kesalahan kita akan diampunkan dengan syarat taubat nasuha. Ayat ni juga nak ajar kita untuk yakin, seberapa besar sekalipun kesalahan yang kita lakukan, kita tak boleh putus asa dengan rahmat Allah. Teruskan berbuat baik, In sha Allah, kesilapan-kesilapan lalu kita akan terpadam. Jangan mula untuk menyalahkan dan membenci diri yang buat silap, kerana kita manusia yang hakikatnya memang akan buat silap. Bencilah pada kesalahan yang kita lakukan, mudahan-mudahan ia tidak berulang lagi.

3. Solat adalah peringatan terbaik kepada orang-orang yang selalu mengingati Allah. Solat adalah zikir terbaik yang dapat mententerankan jiwa, mendidik kita dengan rasa kehambaan kepada Allah, mengakui Keesaan dan KebesaranNya dan mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dialah sebaik-baik penjaga bagi orang-orang yang beriman. Ingatlah hanya dengan menginagti Allahlah hati menjadi tenteram, Surah Ar-Ra'du ayat 28.

Ayat berikutnya dalam surah Hud, Allah menyambung, yang bermaksud:

' Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan.

Dan akhirnya, kita kena sedar bahawa sebuah perjalan menuju Allah akan pasti dihiasi dengan onak dan ranjau yang berduri (ayat novel sangat ;P) kerana nak dapat Syurga Allah itu bukan mudah. Berbalik kepada musuh kita yang paling nyata, iaitu Syaitan, dia akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita dan menjauhkan kita daripada Allah. Kerana sumpahnya untuk menyesatkan anak Adam termaktub sampai ke Hari Kiamat. Jadi, kita kena persiapkan diri kita dengan ilmu dan amal yang baik, moga-moga kita dilindungi daripada godaaan syaitan dan Allah memelihara perjalanan kita menuju RedhaNya, In sha Allah.

Sekian coretan untuk hari ni. Maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya. Segala yang baik ambillah pelajaran, yang buruk jadikanlah sempadan dan berikanlah teguran agar dapat dibuat pembetulan. Sekian, Assalamualaikum WBT.

~Enjoy your life regardless how hard it is, Allah will always be with the patience~


Truly yours,
Anis Fikriyah 'Ain
Dr. Al-hafizah


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!