Alhamdulillah; All praises to Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam untuk baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kerana limpah kurniaNya aku boleh menulis hari ini, melepaskan semua rasa di hati, berkongsi perjalanan hidup yang aku lalui dalam usaha mencari keredhaanNya. Percayalah suatu hari nanti, pasti, kita semua akan menemuiNya dan sebaik-baik ganjaran yang kita inginkan adalah menjadi hamba yang Dia kasihi dan redhai.
Semua orang tahu, aku adalah salah seorang daripada ribuan 'budak medic' yang ada kat Malaysia ni, yang setiap hari struggle dengan hidup kami, yang kadang-kadang ada rasa nak mengalah daripada belajar medic dan kecewa dengan diri sendiri dengan keadaan kami sekarang. Kecewa kerana kami rasa kami dah lakukan yang terbaik, tapi sebenarnya belum cukup baik untuk bakal pesakit kami dan masyarakat di luar sana. Kami juga manusia biasa yang ada rasa penat dengan kehidupan kami yang spesial daripada kehidupan orang lain.
Aku bercakap melalui sudut pandang dan pengalaman yang aku personally lalui. It might be similar to you guys out there or it can be far way differ from yours. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan (*disclaimer) :P
Hari ni time aku makan and baca paper (newspaper) , aku jumpa satu artikel tentang seorang pelukis yang sedang buat pameran dekat Kaleidoscope of Light ; pameran hasil karya artisan-artisan terkenal dunia kat Damansara. Aku tiba-tiba jadi cemburu dengan pelukis tersebut sebab dalam dia sibuk dengan tugasan rasmi (kerja), dia masih boleh jadikan seni lukis sebagai bidang yang dia mahir. Sedangkan aku juga minat melukis, tapi aku tak dapat nak mahirkan diri pun. Aku tak diberi peluang dan galakan untuk buat perkara yang aku minat tu. Aku tertarik dengan ayat " DIA MULA MELUKIS SEJAK BERUSIA 9 TAHUN". Aku terfikir, kalaulah aku mula melukis dari awal, dari aku kecil dan dapat galakan daripada semua orang, mungkin aku dah berjaya sekarang? Aku sebut dalam hati, " ni semua salah family aku". How immature I am! (tepuk dahi)
Dalam aku duk merungut tu, tiba-tiba Allah datangkan ilham pada aku. Dia buat aku sedar yang sebenarnya, apa yang Dia dah aturkan untuk aku sangat cantik. Jalan aku memang untuk ke sini, ke bidang perubatan. Dia jadikan orang-orang disekeliling aku menyokong setiap langkah aku untuk masuk bidang perubatan. Dia permudahkan semua usaha aku dan urusan aku untuk belajar perubatan, dari aku kecil lagi. Dan.... DIA hantarkan aku doa-doa ikhlas daripada strangers yang aku temui, agar aku berjaya mencapai cita-cita aku sebagai doktor. Dia juga pernah uji aku dengan kegagalan dan kepayahan dalam menuntut ilmu sebelum ni, tapi aku tak pernah sekali pun kata aku nak mengalah, aku tak pernah terfikir pun untuk berhenti berusaha belajar medic dan aku tetap teruskan usaha walaupun aku tahu I'm on my last leg! Semangat yang aku miliki, mindset aku yang percaya Nothing is Impossible! I was so determined to get the mission possible, I used to call.
Jadinya, setiap apa-apa yang berlaku dalam kehidupan kita, semuanya telah diaturkan dengan sebaik-baiknya oleh Allah. Dia telah menetapkan kita di tempat yang paling layak dan berhak kita duduki dengan segala kelebihan dan kebolehan yang kita miliki. Jangan pernah sekali pun kita menyesal dengan perkara yang dah lalu dan merasa rugi sebab kita tak dapat sesuatu yang ada pada orang lain. Apa yang orang lain ada/dapat tidak semestinya baik untuk kita. Nilai yang aku belajar hari ni, bersyukurlah dengan semua kurniaan Allah dari sekecil-kecil perkara sampailah perkara-perkara yang menentukan hidup mati kau. Bersyukur dan percayalah ketentuanNya dan perancanganNya adalah yang terbaik untuk kita, kerana Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
![]() |
Perancangan Allah tidak pernah silap, yakinlah! |
Alhamdulillah... All praises to Allah.
Truly yours,
Anis Fikriyah 'Ain
Dr. Alhafizah
Ulasan
Catat Ulasan