Mencari Hidayah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Entry kali ini ditulis 2 hari sebelum my first professional exam. Sungguh, aku bukan at my best state dan perasaan nak give up terlalu kuat dalam diri aku.. but, in sha allah, i'll try to lawan and think positively about my future for I need to keep fighting and do my best in the exam.

So, kali ini, ujian Dia lain macheammm.. Haha.. dan aku kira ini adalah hadiah dan hidayah terbesar dariNya untuk aku. Jadi, aku perlu bersedia untuk menerima dan menjaga hidayah ini agar terus mekar dan menebar halawatul iman untuk aku. Amin.. In sha allah.

Siapa pun kita, apa-apa pun perbuatan yang kita buat, baik atau buruk, itu rahsia kita dengan Allah. Tiada sesiapa yang berhak menghukum kita, bahkan diri sendiri, kerana kita sangat lemah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil sahaja yang layak menghukum kita. Jadi sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Sentiasalah takut untuk melanggar perintahNya yang menjadi asbab kepada murkaNya dan sentiasalah kembali kepadaNya, setelah apa-apa yang kita lakukan. Sesungguhnya, Allah Maha Menerima taubat hamba-hambaNya yang ingin bertaubat.

Allah itu ada dalam setiap yang kita lihat. Terpulang pada kita, melihatnya dengan mata hati yang berpandukan iman atau nafsu semata-mata. Iman perlu dicari dengan berusaha memohon hidayah Allah. Berdoalah dan jangan berputus asa dalam mencari rahmat dan kasih sayang Allah, dalam mencari siapa diri kita dan dalam mengenali Allah. Semoga Allah kurniakan hidayah dan taufikNya kepada kita agar kita dapat kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhaiNya. Amin..

Hari ini, dengan izin Allah, dia telah cetuskan satu soalan dalam fikiran aku tentang sesuatu. Dengan rahmatNya, aku temui satu jawapan dan pandangan yang cukup bermakna untuk ditekuni dalam-dalam. Moga-moga jawapan ini, menjadi asbab kepada lebih banyak hidayah Allah untuk kita semua. Amiin.

Q: Assalamualaikum. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin. Maaf mengganggu. 

Kita ada soalan nak tanya. Kita terfikir, kenapa masih ada orang yang sombong dengan Allah kalau dia tahu Allah ciptakan dia sebagai hamba. Kenapa dia masih nak buat semua perkara ikut sesuka hati dia dan tak nak ikut cakap Allah, kalau dia tahu Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui?

Kenapa dia masih tak nak ikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kenapa susah sangat dia nak solat dan tinggalkan maksiat?


A: Waalaikumusalam anisssss. Mat ri yeeee maafkan salah silap. Halalkan makan minum 

Susahnya soalan sbb kekadang i do the same and feel the same. Ni pendapat saya lah ehh, all those thing puncanya adalah hidayah. Mungkin dia masih mencari hidayah Allah, bila seseorang tuuu letak Allah dalam hati, percayakan segalanya adalah milik Allah kuasa Allah, dia akan rasa kebergantungan terhadap Allah dan tiada yg lebih berkuasa selain Dia. Segala ujian dia tu sombong, tak solat, buat maksiat, semua tu ujian iman dia. Mungkin takda yg bimbing, mungkin takda pendedahan ilmiah, segalanya mungkin. And if orang tu ada ilmu, paksalah diri cari hidayah Allah. Kita kan kena cari, hidayah tak dtg bergolek. Paksa diri berdoa, kalau malas doa lepas solat. Tetiba lepas makan rasa nak doa, doa jaaa. Takda batasan waktu kan. 

Aku sendiri bilaaaa dah diluar kawalan, aku akan doa ya Allah bantulah aku mengawal nafsu aku, bimbinglah aku. Sbb kita manusia yg lemah. Iman turun naik. Bukan iman kita static at good level like para ulamak. Yg kita boleh buat, berdoalah. 

Kalau terasa berat buat semua tu, cari Allah dulu. Cuba lah apa cara sekalipun, sbb pendekatan diri kepada Allah setiap org tu berbeza. Cuba cari slow slow sampai rasa you can live alone bcs you have Allah. Dah rasa dekat dgn Allah, usaha utk dekatkan lagi. Slowly but surely. Bukan senang nak baik dan bukan senang utk masuk syurga. Tapi kan Allah tu maha pengampun, maha penyayang. Mesti Allah suka kan hamba yg dekatkan diri kepadaNya. 

Conclusion nya, aku tak pasti semua tu tapi cari hidayah Allah dulu kot. Cari Allah. Mmg susah, tp tak mustahil. Sbb hidayah Allah milik semua hambaNya. Cuma kita kena berusaha. Maaf, saya takda jawapan yg kukuh. Cuma pendapat dan pandangan jaa


Maka sama-samalah kita cuba hadam pendapat ini dan carilah ilmu lagi dari sumber yang benar, untuk sama-sama meraih hidayah Allah.. Amiiin..

p/s: terima kasih kepada individu yang sudi berkongsi pendapat dengan aku ni. Doakan semoga hidupnya diberkati Allah selalu dan dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Love,
Anis Fikriyah 'Ain

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!