Purposeless Weekend...

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup perlu ada tujuan dan matlamat. Kita tak boleh hidup sesuka hati; buat apa yang kita nak dan dapat apa yang kita impikan. 

Kata orang, hidup ini satu perjuagan. Indeed, life is the greatest struggle. Perjuangan untuk jadi yang terbaik supaya dapat hidup senang, diingati dan dihargai. Tapi, perjuangan hidup tak terhenti di dunia, bahkan dunia hanyalah permulaan kepada sebuah kehidupan abadi di akhirat nanti. Perjuangan untuk menentukan hidup di akhirat itu lebih utama.

Itulah yang tiada dalam hujung minggu aku! Tiada perjuangan yang aku inginkan, malah yang ada hanya keseronokan yang hadir pada waktu yang tidak tepat. Aku bosan sebenarnya hidup macam ni. 

Hari ini aku lihat semua orang menghargai kenangan di ASPER, tapi aku tak dapat nak nikmati saat itu. Bukan kerana aku tiada pada masa itu, tapi aku tiada apa-apa untuk dikenangkan di ASPER. Asper tidak berjaya mengajar aku apa-apa, bahkan telah merubah aku kepada suatu susuk yang telah hilang jati diri dan kepercayaan pada diri sendiri. Aku jadi terlalu bergantung harap pada orang lain. Aku jadi tidak yakin dengan kebolehan aku dan yang paling buruk aku 'bahagia' buat dosa. Aku lupa dengan tujuan aku disini dan aku terasa ingin mengalah daripada apa-apa yang telah aku usahakan selama ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!