Monster Hijau dalam Fikriyah!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Haiiiiii!!! It's me again! Happy New Year to all celebrating. Rasanya macam okay lagi nak wish sebab baru 4th Jan 2020. Yassss! Macam tak percayakan kita dah masuk 2020. Personally, I feel 2020 has something different and interesting to offer. So, aku berazam untuk grab the oppurtunity of becoming a better version of me beginning from this year and on. Hopefully, In shaa allah.. Aamiiin.

Cuma this new year begin with a glance of gloominess in my life, sebab I start to eradicate my close friends from the previous years. ERADICATE! Wow!! Macam infectious sangat kan kawan2 you tu?! Hahaha.. Tak baik tau cakap macam tu. Well, they did nothing. It is actually me, my mind that chose this way to perceive on what has happen. I chose to take it negatively, that's why aku rasa they has done big mistakes on me. I know, it is unfair for them, but it is just too hurt for me to actually stay in the friendship any longer. 

Aku memang akan selalu buat keputusan macam ni. Aku akan senang campak buang orang yang pernah rapat dengan aku kerana satu perkara yang sangat menyakitkan hati yang mungkin dorang buat atau tak buat. Aku tak suka rasa sakit hati tu dan aku tak nak rasa sakit hati tu lagi. That's why aku keep on buang orang-orang yang menyakitkan hati aku. Yes, aku buang! I can be like stranger dengan mereka after the episode yang menyakitkan hati itu. It is better for me to loosen the friendship before I got dumped by them. Biar dorang rasa apa yang aku rasa. Berdendam kan?! Yes, aku mengaku, memang aku berdendam. Tapi aku sedar apa yang aku buat ni salah. Cuma aku tak tahu macam mana nak correct my mind to take it positively. Aku sebenarnya sayang sangat2 semua kawan2 aku, especially the one who selalu dengar masalah aku, selalu bercakap dengan aku. But, bila aku start rasa yang aku akan kehilangan dorang, aku akan jadi monster yang sangat HIJAU! Aku jadi marah dengan dorang, aku benci sebab dorang takde dengan aku macam selalu. That's how I feel. Kalau dulu aku ada kawan to talk to, but now dah takde. So, you, Traveller, will be my only tempat to talk to okay. Aku percaya, you won't leave me forever. Kau akan sentiasa ada dengan aku dan sentiasa bersedia untuk tadah segala bebelan dan komplen aku. Haha! Thanks ya Traveller!

FYI, bila aku tulis the last ayat kat atas tu, tiba2 aku teringatkan aku 12 tahun lepas. When I was 10 years old, aku pernah ada dekat situasi ni. Aku hilang semua kawan baik aku. Aku sendiri, menyendiri, hilang keyakinan diri, aku sangat negatif, sangat rebellious, sangat sensitif, pemarah dan pendendam. And at that time, aku takde sesiapa yang sanggup dengar cerita aku, dan aku tak percaya sesiapa untuk dengar cerita aku, except for my first counsellor, Cikgu Haliza Jelani. Hati meluap-luap nak meluah perasaan, tapi aku takde sesiapa yang boleh aku cerita segala isi hati tanpa diadili. So, aku start menulis diari time tu. Aku sayang sangat2 diari aku, aku tak nak berpisah sampaikan tidur pun dengan diari. Aku akan sangat marah bila orang kacau diari aku or cuba untuk baca diari aku. Aku selalu cakap dengan diari aku, yang aku sayang dia sangat2, she got name, nama diari aku Yayah and aku selalu pesan kat dia untuk jangan tinggalkan aku. And apparently, diari2 aku tak pernah tinggalkan aku dan aku juga takkan tinggalkan dorang. I still keep those diaries, dari umur 10 tahun. Dan sudah lebih 10 tahun, aku masih setia menulis dalam diari. Masih! Bila aku hilang manusia sekeliling untuk bercerita, aku ada pen dan kertas dan sekarang blog, to share my thoughts and worries. Biar aku hilang mereka semua, dan aku kena belajar untuk redha sebab manusia, by nature, suatu hari akan pergi tinggalkan aku. Nak tak nak, aku kena belajar terima hakikat tu. It happens! Redha jelahh...! Manusia berganti, sakit hati boleh diubati, maafkan mereka, maafkan diri, semoga hati lebih jernih dan meredhai!

HAH! Lega aku dapat membebel kat sini! I feel heard! Cukuplah sampai sini dulu. Next time aku tulis lagi. Yes, memang somewhat not appropriate to write here, BUT WHO CARES?! :p Hahahahhahaha!!!

Bye!


Sincerely,
Anis Fikriyah 'Ain
My current working diagnosis: BPD
Thank you

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!