Healing

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt. Haiii!!! Dah lama I plan to write something here start dari awal PKP haritu, tapi asyik tertangguh and selalu terlupa. So here, today, I hope to get the whole writing done by tonight and may it be beneficial to anybody who will be reading it later. Huhu.. Aamiin.

18th March 2020, it marks the day in history of Malaysia when our beloved newly assigned Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, announced the implementation on Movement Control Order (MCO) or Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) in order to curb the spread of Covid-19. It was a shocked to everyone and has caused panic among the citizen, where everybody started to stock up household necessities unnecessarily and people were travelling hometown from all over Malaysia to stay with families during this hard times. Since then, everyday me and my family, we will wait for the cases updates from the Hero of our nation, DG Dr Nor Hisham Abdullah. 

lahhh... penat lah cakap omputih ni, cerita tak sampai nanti.. huhu

So, setiap hari update cerita pasal Covid-19, tengok berapa case, berapa kematian, and sampai satu hari case sembuh mula muncul. Time tu dah rasa macam ada peluang untuk kita semua rakyat Malaysia to win this war against the virus. Tapi then, muncul kluster-kluster baru yang menggusarkan hati, kes semakin meningkat and kematian bertambah. I was frightened to witness the situation happening around me, walaupun duduk berkurung dalam rumah, but I still rasa macam terancam. Takut aku yang bawa virus balik dari KL, aku takut daddy bawa balik virus when he was out for groceries shopping. Macam-macam perkara aku risaukan. BUT,....

In the midst of worrying about the pandemic, I feel blessed. Aku bersyukur aku sampai rumah before PM announce PKP, aku happy sebab aku ada parents and semua adik-beradik aku kat rumah together with me. I could not imagine what would happen to me, if I'm alone in college. 

And, I'm so much blessed sebab doa aku selama ini diperkenankan Tuhan. I've been longing for so long untuk dapat cuti yang panjang. Cuti yang aku tak perlu risau pasal study aku. Cuti yang mana, lecturer and kawan-kawan aku faham yang kita semua kena cuti. Kena be home, kena stay at home. Tak ada sesiapa yang boleh push aku untuk study sebab semua tahu semua aktiviti kurikulum diberhentikan buat seketika.  Aku rasa stress-free sebab aku decide untuk stop fikir pasal pelajaran aku 100%. Aku cuma nak fokus pada diri aku, to enjoy my free time kat rumah, to spend my whole day and night with my beloved family setelah aku lama sangat duduk kat uni and stress pasal study aku. Akhirnya, aku dapat masa yang aku inginkan. Masa untuk aku reboot balik diri aku. 

Literally, aku reboot diri aku. Aku stop semua perkara luar daripada rumah, aku stop contact kawan-kawan aku, aku ignore lecturers posts on whatsapp group about anything related to medical field, I stop everything yang bersangkut paut dengan life aku di luar kawasan rumah. Seumpamanya, aku tekan button power off pada dunia sosial aku. Apa yang aku fokuskan pada awal-awal PKP is just, me, me, and my family. Sebab aku buat semua ni adalah kerana I was really exhausted dengan life aku sebelum ni. From my previous entries korang boleh agak betapa stress and depressing nya life aku. So, this PKP has been such a great escape period for me to rediscover myself and find my ultimate purpose of living this life. And aku rasa akhirnya, Tuhan makbulkan doa aku. Aku rasa berbaloi aku tunggu dan terus berharap selama hari ini untuk masa macam ni tiba. And akhirnya, masa tu tiba, dalam keadaan yang aku tak jangka ia akan jadi realiti. And, truly, I'm tremendously blessed. 

It is a blessing in disguise for me!

Even though aku dah pause life aku dari dunia luar, dengan harapan ketenangan hadir dalam hati dan fikiran aku, but neh! It doesn't work that way. It is not as simple as I thought it would be. Life is not straight forward, dear! Huhu! 😂😜

Dalam kegembiraan aku tu, aku masih 'amalkan' lifestyle aku yang sebelum ni. Tidur lewat, main phone all the time watching Youtube, lack of human communication, buat hal aku, layankan my bad addiction, and segala-galanya yang aku biasa buat, especially makan masakan mummy. Lagilah time PKP tak boleh keluarkan, so mummy memang masak hari-hari kat rumah. Aku makan macam balas dendam sebab tak dapat makan masakan mummy sebelum ni. Macam aku cakap, sebahagia manapun aku dengan stress-free life aku ni, hati aku tetap kosong. Aku tetap rindu pada kewarasan aku, cause I know I'm far away from sanity. Aku masih tercari-cari jalan ke arah kewarasan aku.

Sungguh, jalan mencari Tuhan dan kewarasan akal fikiran berada pada laluan yang sama, dan sungguh selama hari ini, aku masih meraguinya walaupun aku sedar akan kebenarannya. I've been reading book (Terapi Kesihatan Mental, by Dr Abdul Latif Abdul Razak) and then I realised, kefahaman aku pada keimanan pada Tuhan, pada ketentuan qada' dan qadar Nya yang sangat lemah menjadi sebab aku hilang kewarasan akal fikiran aku. Bila aku cuba mencampuri urusan Tuhan, berfikir terlalu banyak dan merisaukan sesuatu yang dalam ketentuan Tuhan, memikirkan perkara lalu yang telah berlaku dan mencari siapa yang patut dipersalahkan atas kejadian-kejadian itu, dan mencipta suatu jiwa sangat keras dan kasar sifatnya, hanya kerana ingin mempertahankan jiwa aku daripada dilukai oleh orang sekeliling kerana ketakutan aku pada kekurangan daripada kesempurnaan. Aku jadi satu jiwa yang aku sendiri tak sedar sejauh itu aku dah pergi. Sesesat itu jika boleh aku katakan. Aku menyesal dengan sesiapa yang telah aku jadi, kerana diri itu telah banyak melakukan kezaliman, pada diri sendiri, pada orang sekeliling, pada kekasih aku, pada kawan-kawan dan sahabat aku, pada adik-adik aku, dan paling pahit pada ibu bapa aku. Selama tempoh itu, aku kerap menyalahkan mereka kerana cara mereka mendidik aku telah menjadikan aku, siapa aku sebelum ini, dan menghidupkan monster hijau yang ada dalam diri aku. Aku menyesal dengan sikap-sikap buruk yang telah aku lakukan, secara sedar ataupun tidak. 

Yes, aku cuba untuk ubah semua perkara tu.  I really tried hard to change everything, from the way I talk, the way I behave, my humanity contact, I tried everything I think I could to fix the imperfections. Rasa confident mula datang, rasa macam aku dah berubah, cause i really did try to change. Tapi tak. Tak semudah yang disangka. Walaupun, perubahan tu bermula dengan kuasa minda, tapi bukan mudah untuk ubah kebiasaan yang dah sebati lebih 20 tahun dalam diri ni. Nak kawal cara aku berfikir, cara aku tafsir sesuatu kejadian dan menerima ketentuan Tuhan, bukan mudah.

Untuk aku menerima kekurangan dan bertolak ansur dengan semua perkara tu, untuk aku terima kritikan orang pada aku, untuk stop rasa defensive bukan satu perkara yang mudah. Selama hidup, aku sentiasa protect and defend diri aku dengan apa cara sekali pun supaya aku tak di attack. Aku menipu, letakkan kesalahan aku pada orang lain, berlakon, manipulate situasi, deny perkara yang dah jadi, etc, semata-mata nak defend diri aku. Aku takut bila orang salahkan aku, aku takut dipersalahkan. It haunted me. Macam boleh bayang saat kena marah tu macam mana. Boleh nampak situasi aku kena marah tu macam mana. And the most heart breaking thing is that, I will be alone after that, menangis sendiri, rasa terluka sendiri and rawat diri sendiri. Sakit, sangat sakit. Aku tak faham kenapa aku tak boleh dipersalahkan, kenapa aku kena perfect, kenapa aku tak boleh slack sikit pun. Sebab aku anak sulung, kena tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik. Habis tu anak sulung tak boleh buat salah? Kalau orang lain buat salah, tak pe pulak. Tak adil untuk aku. Kenapa aku kena mengalah sentiasa, beri semua yang aku ada untuk bahagiakan orang lain. Aku dapat apa? Gigit jari? I remember everything. Even the nights and days I tried to take away my life when I was 10. Aku ingat betapa sakitnya jiwa aku waktu tu. Betapa helpless nya aku. Aku rasa hopeless sangat, rasa tak disayangi and pada aku lebih baik aku mati. They do not know that, I bet they don't. If they know pun, diorang akan tetap deny. Semua salah tu akan jatuh atas bahu aku balik. Sebab pada dia, dia dah bagi segalanya pada aku, pelajaran, agama, dah cukup lengkap. Pada dia.

Pada aku tidak. I was emotionally abandoned. My feelings was disregarded. Perasaan aku diambil enteng, tak diumpamakan, and paling menyedihkan, aku tak diberi peluang untuk mention perasaan aku pada sesiapa. Perasaan aku tak penting. I have to keep everything to myself. They make me believe that writing in diary is the best. Aku jadi penulis setia pada diary aku. Setiap hari aku akan menulis, tentang semua perasaan aku, tentang perkara-perkara yang penting dan aku mahu ingat. Perkara yang aku tak mahu ingat, aku takkan tulis dalam diary, sebab semua tu menyakitkan. Aku deny perasaan perlu aku pada manusia. Aku dependent pada diary aku untuk emotional support. Aku jadikan diary aku hidup dengan watak Kak Yaya, supaya aku ada teman untuk bercakap. Itulah kakak aku, tempat aku adukan segala-galanya. Sedih aku, gembira aku, suka aku pada sesiapa, benci aku pada mereka. Semuanya aku luahkan disitu. Dan dengan diary tu jugak aku belajar defensive yang teramat. Aku sembunyikan semua kenyataan dalam tulisan di diary, aku cipta diri di luar diary dan aku hidup dengan 2 watak tu. Bila ada sesiapa cuba baca diary aku, cuba ambil dan ceroboh privacy aku, I will be so marah. Aku menangis bila orang buka diary aku dan baca dan mocking me. Aku benci orang macam tu. Dah buat salah lepastu ejek aku. Since then, aku protect everything mine, semuanya, jangan sampai sesiapa pun mengata aku.

Hidup aku untuk pencapaian. I get straight A's people will love me. Kalau tak dapat bagus, aku bukan anak dia. How sad it is kan? Being disregard by your own father. Sakit jiwa tahu tak. It goes on sampailah akhirnya aku berjaya masuk belajar medic dan sampailah saatnya MCO ni. Segala kepahitan tu masih berterusan. Cuma, dengan bantuan terapi psikologi, aku berusaha untuk kawal keadaan dan berusaha untuk baiki keadaan hidup aku.

Yes, sepanjang tempoh MCO ni, aku jalani terapi psikologi untuk rawat masalah personality aku. Aku tak gila, cuma ada sedikit masalah dengan corak fikiran aku, dan cara aku tangani keadaan dalam hidup aku. Nampak macam mudah, tapi Tuhan je yang tahu betapa payahnya nak lalui setiap satu jalan untuk lebih baik tu. And diagnosis aku pun turut berubah. Dr sahkan aku bukan Borderline Personality Disorder, tetapi Narcississtic Personality Disorder which aku rasa 500% fit me well. Hahaha.

Diagnosis tu bukan untuk label seseorang. Tak kiralah penyakit mental ke, fizikal ke, spiritual ke. Diagnosis tu cuma membantu untuk kenal pasti pattern masalah tu dan cari jalan penyelesaian atau ubat yang tepat. Itu sahaja. Ia tidak merubah apa-apa perspektif atau imej pada seseorang. It is a matter of identification, untuk lebih mengenali personality tersebut, supaya mudah difahami dan ditangani.

(See, dalam kenyataan aku dari atas sampai bawah ni, banyak gila kenyataan aku cuba defend diri aku. Kena put in more effort untuk lebih jelas dan kenal pasti methods yang aku guna untuk defend diri aku. Huhu)

Indeed, dalam post kali ni aku tak dapat nak describe dengan baik apa yang berlaku, sebab I stopped writing from the original moment so long before I continue it. Banyak idea dah hilang. So, inilah apa kiranya yang aku dapat share kat sini. I wish I can write more nanti. Sampai ketemu lagi yeaaa.. Bye
Assalamualaikum.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

Kenapa Aku?!