It continues - 15 precious weeks of my life (pt. 4)

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt. Heyyy! The story continues. Aku tak pernah sangka yang cerita 15 precious weeks ni akan berterusan sampai harini. Well, to me, initially aku terfikir how can I continue cerita ni sedangkan aku tak tahu apa yang akan terjadi dalam hidup aku on the next days. And today, I am mesmerized by the surprises that God has planned on me.

Indeed, 15 precious week punya journey ni akan berterusan sampai akhir hayat aku. Macam yang pernah aku cakap dengan Dr on my last therapy session, I will not give up and I will continue to live my life the best I can. 

Sungguh, mengalah dan berputus asa pernah jadi zikir dalam kamus hidup aku. Susah sikit, aku mengalah. Salah sikit aku berhenti. Aku tak pernah berjuang untuk buat yang terbaik dengan setiap peluang yang aku pernah dapat. Rugi sangat! Aku lebih memilih untuk salahkan keadaan dan orang sekeliling dengan apa yang pernah aku dapat ataupun apa-apa yang terjadi dalam hidup aku. Tapi sekarang, aku pilih untuk tidak lagi berputus asa dalam setiap perkara yang aku lakukan, termasuk untuk menyayangi dengan sepenuh hati.

Ya, to love unconditionally! Aku pernah putus asa untuk sayang ibu bapa dan adik-beradik aku tanpa syarat sebelum ni. Aku pernah berputus asa dengan kasih sayang yang mereka berikan pada aku. Dan, aku pernah berputus asa untuk harapkan yang terbaik untuk mereka. Kerana aku dah putus asa. Aku mengalah untuk dapatkan kasih sayang dan perhatian daripada mereka. Kalau ditanya kenapa, jawapan aku adalah, aku tak pernah merasa cukup disayangi. Sayang yang pernah aku rasa, adalah sayang yang bersyarat. Aku perlu jadi anak yang baik, kakak yang baik, baru aku disayangi. Aku perlu penuhi permintaan mereka baru aku disayangi. Aku perlu tunaikan impian mereka, baru aku disayangi. Aku tak pernah rasa disayangi dengan kesalahan atau kelemahan yang ada pada diri aku. Aku tak pernah rasa disayangi dengan diri aku yang sebetulnya. Being the ugly fat me. I was never being loved by being that. Aku berdendam dengan mereka, sebab itu aku berputus asa untuk sayangi mereka dan mengharap mereka menyayangi aku.

When rough times happen in my life, aku tolak kewujudan mereka semua dalam hidup aku. Kerana aku dah berputus asa dengan kasih sayang mereka. Aku cuba cari jalan keluar dengan cara aku sendiri. Dengan minta bantuan dari orang luar (the professionals). Aku kena marah! Sebab aku tak minta tolong mereka. Tapi pada waktu itu aku fikir salah siapa aku pilih jalan itu? Bukankah salah mereka yang membuat aku berputus asa terhadap kasih sayang dan perhatian mereka? Bukankah itu salah mereka kerana tidak pernah meyakinkan aku bahawa mereka sayangkan aku, pedulikan aku? Aku tetap berdegil. Aku tetap dengan pilihan dan jalan aku, sebab aku tahu, dengan sikap degil dan pentingkan diri ini sahaja yang boleh buat aku selamat dari kebinasaan yang aku sedang hadapi ketika itu.

Aku pilih jalan hidup aku sendiri. Aku teruskan meminta bantuan from the professionals. Dan akhirnya, terhasillah cerita 15 precious weeks of my life, menjadi sebahagian dari kisah hidup aku. Aku bersyukur that it happens to me. I learnt so much from it and through it. I would say, I am blessed with it. Apa yang terjadi, tetap terjadi. Yang salah tetap salah dan it cannot be changed. I only have now and the future which I can make the best out of it. Keep going, cause now I am not going to give up on anything. I will not do that ever again. I will not give up to love my family regardless of what they did to me. I will continue to cherish them throughout their lives and I will appreciate every time that I spend with them. I will always do my best to make them happy and to take care of them wholeheartedly. Walau apa pun yang pernah aku lalui dalam hidup aku sebelum ni, walau aku pernah mengalah untuk menyayangi mereka, I chose not to do it again dengan peluang kehidupan kali kedua ini. I promise myself that I will do my best for them. Jadi anak yang baik kerana Allah, jadi kakak yang baik kerana Allah. Jadi manusia yang baik kerana Allah. 

And, luckily, this 15 precious weeks of my life menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih bermakna untuk aku dan semua orang disekeliling ku. Aamiin, In shaa allah. Till then, thank you and assalamualaikum. 

Love,
Fikriyah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yaya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Summary of 2 years

15 precious weeks of my life (pt.1)